Wednesday, January 6, 2010

Satu Perjalanan Yang Baru 9

Dan selepas menyaksikan pertunjukan bunga api. Maka beraraklah lautan gelombang manusia ke sarang masing-masing. Aku juga turut serta. Separuh jalan.

Aku berfikir. Sambil langkah disusun.

Perlukah aku turut serta dalam lautan orang sebegini? Langkah dipatahkan. Balik ke pentas utama. Berehat sebentar. Mengharap lautan itu akan surut. Dan gelombang itu reda.

Berehat di sebuah bangku. Letih sangat. Mengantuk. Semuanya bercampur. Tak boleh jadi. Aku gagahkan diri. Berjalan kembali ke stesyen MRT. Dengan harapan dapat menaikinya. Dan kemudian ke stesyen keretapi. Dan sekali lagi dengan harapan ada keretapi ke pekan Tainan. Berapa banyak harapan disandarkan.

Untuk beberapa ketika. Dirasakan penantian ini tak ada penghujung. Tapi percaya pada pengawal trafik MRT. Menjaga gerombolan manusia. Yang inginkan perkhidmatannya. Penumpang dilepaskan dalam kumpulan. Tapi sedikit demi sedikit.. Agar tidak penuh ruangan di lorong keretapi bawah tanah.

Semua berjalan lancar dan kemas. Tidak lagi perlu beratur untuk membeli tiket. Cuma kupon diberi. Dan bayaran dijelaskan di destinasi nanti. Kelihatan seperti telah punyai pengalaman dari sebelumnya.

Stesyen keretapi Kaohsiung. Tiket ke Tainan. Juga tiada masalah. Jam menunjukkan waktunya. 2 pagi. Semua masih teratur. Cuma aku. Keletihan.

Sampai di pekan Tainan. Jam 3 pagi. Dan tiada lebih enak daripada membiarkan tubuh ini bersandar di sebuah hamparan yang bernama tilam.

Episod 1 - Selesai.

2 comments:

Anonymous said...

epl game arsenal vs leds sape score.

Mr. Kevin said...

huh?

Post a Comment