Monday, January 11, 2010

Episod 2 Bagi Perjalanan Yang Baru

Maaf. Agak lama menyepi. Tak ada semangat untuk menulis. Lebih seronok menghayati saat aku di sini. Tapi aku perlu juga menulis.

Dua hari selepas tahun baru. Aku berpeluang ke Taipei kerana cuti hujung minggu yang lebih panjang. Semangat betul aku. Untuk melihat sendiri menara Taipei 101. Bangunan pencakar langit tertinggi di dunia. Dua hari sebelum ianya jatuh ke kedudukan kedua. Dirampas. Dengan pembukaan rasmi Burj Dubai atau nama barunya Burj Khalifa.

Perjalanan kali ni agak berani. Aku tak ada peta bandar Taipei. Dah puas aku mencari di kedai-kedai buku. Tapi semuanya dalam tulisan cina. Aku tahu di kaunter informasi stesyen pengangkutan utama mereka ada peta. Jadi tak perlu aku habiskan duit beli peta tersebut. Nak beli pun dalam 20 ringgit juga.

Sebelum lebih lanjut. Serba sedikit informasi tentang pengangkutan awam di sini. Aku kira ada tiga jenis pengangkutan awam yang utama. Paling murah adalah menaiki bas. Perjalanan mengambil masa kira-kira 4 jam atau lebih. Begitu juga dengan keretapi biasa yang mereka gelar TRA (Taiwan Railway Administration). Seperti Keretapi Tanah Melayu juga mungkin. Tempoh perjalanan hampir sama. Dengan TRA lebih mahal sedikit kosnya. RM70 lebih kurang untuk perjalanan sehala bagi bas. Dan sedikit lebih bagi TRA. Mahal bagi aku.

Taiwan High Speed Rail atau ringkasnya THSR. Pengangkutan aku ke Taipei. Pilihan ketiga yang boleh dibuat. Aku kira tak sah ke sini jika tidak mencuba kereta api laju mereka. Perjalanan yang mengambil masa lebih 4 jam disingkatkan menjadi 1 jam 43 minit. Tapi inilah nilai yang terpaksa dibayar. Kos paling tinggi antara semua pengangkutan awam. NT$1,145 (lebih kurang RM120). Cuma bagi perjalanan sehala.

Pagi sabtu itu aku bertolak ke perhentian bas terdekat untuk ke stesyen THSR. Hujan sedikit turun. Membuat cuaca lebih dingin dari biasa.

(Bersambung..)

0 comments:

Post a Comment