Sunday, January 31, 2010

Sedia

Semua macam dah sedia. Barang nak bawa balik pun dah mula susun dalam beg. Sesekali pandang kat luar tingkap.

Sayulah pula. Tak tahu bila akan jejak kaki lagi ke sini.

Monday, January 25, 2010

Rindu

Kurang dari 2 minggu aku akan berangkat pulang. Bila dah hampir 3 bulan di sini. Banyak perkara yang aku rindu nak buat. Aku senaraikan beberapa perkara. Banyak lagi sebenarnya. Nanti ingat, aku tambah lagi...

- Pertama sekali nak buat... berjemur tengah panas!

- Makan nasi lemak. Bukanlah minat sangat. Tapi kalau dah 3 bulan tak sentuh. Memang teringin betul.

- Hirup kuah tomyam. Aduh... kena pula panas-panas.

- Roti canai banjir. Ni kena ajak Hani sekali, nanti dia merajuk.

- Makan roti dengan jem. 3 bulan tak sentuh roti. Semua tak yakin halalnya.

- Makan nasi guna tangan. Kena pula lauk ada sambal belacan.

- Pakai t-shirt sehelai jer bila jalan kat luar.

- Pakai selipar jepun pergi mana-mana.

- Pakai seluar pendek kat bilik. Buka baju bila rasa nak.

- Cakap bahasa Melayu dengan semua orang.

- Pandu kereta pusing-pusing. Dah 3 bulan tak pegang stering.

- Tengok TV. Hehe

Sunday, January 24, 2010

Episod 2 Bagi Perjalanan Yang Baru 7



Akhirnya… sampai juga aku ke Taipei 101. Bergambar kemudian masuk ke dalam pusat membeli belah di tingkat bawah bangunan. Letih berjalan, aku pun berangkat pulang.

---

Sebenarnya pada ketika ini, aku dah pun ke Taipei buat kali kedua. Berada 2 hari di Taipei. Bermalam di sini.

Banyak untuk diceritakan. Berpeluang ke tingkat atas Taipei 101. Membeli belah di tempat menarik. Kehidupan malam di Taipei. Dan macam-macam lagi. Tak tahu di mana nak mula. Balik nanti sajalah cerita. Malas dah nak taip. Sekian

:p

Tuesday, January 19, 2010

Episod 2 Bagi Perjalanan Yang Baru 6

Taipei Digital Plaza menempatkan kedai-kedai elektronik. Komputer, kamera, video game, dan macam-macam lagi. Harga berpatutan. Tak ubah seperti Plaza Lowyat di Kuala Lumpur.

Disebabkan tiada stesyen MRT terdekat. Aku ambil keputusan berjalan kaki. Jarak dari masjid ke Digital Plaza cuma 20 minit. Tak jauh mana pun. Lagi pun jalan dalam cuaca macam ni tak meletihkan. Sepanjang perjalanan aku dah boleh nampak Taipei 101.

Cuaca hari tu lembab. Hujan dengan kuantiti yang sikit. Macam gerimis. Berjalan lama kat luar pun tak basah. Tapi memang sejuk betul. Puncak Taipei 101 seperti ditelan awan hitam yang tebal. Macam cerita seram pula.

Meninjau harga barang di Digital Plaza. Sebabkan tak buat ulangkaji harga dan spesifikasi barang terlebih dahulu. Aku tak yakin untuk beli apa-apa. Terasa masa aku di sini tak cukup. Aku perlukan satu hari untuk membeli belah dan berjalan-jalan. Nampak seperti aku kesuntukan masa. Konflik pun bermula.

Sama ada hendak bermalam di sini atau datang sekali lagi pada masa yang lain.

Akhirnya aku ambil keputusan untuk datang sekali lagi. Aku tak dapat bermalam di situ. Tak tahu hotel murah di sekitar. Kalau jumpa pun, aku masih tak dapat ulangkaji barang-barang yang hendak di beli. Laptop tak dibawa bersama.

Masa ada sikit lagi. Aku ambil keputusan untuk ke menara Taipei 101 sebelum berangkat pulang. Menaiki MRT di stesyen terdekat.

Lawak betul mamat ni. Sanggup dia pakai macam tu. Nak jadi patung hahaha. Ada 3 lagi patung hidup kat tepi-tepi tu. Lokasi ni sebelum ke stesyen MRT

(Bersambung..)

Episod 2 Bagi Perjalanan Yang Baru 5

Taipei Grand Mosque. Masjid utama umat Islam di Taipei. Juga menjadi rujukan masjid-masjid lain di seluruh Taiwan. Masjid di Taiwan sebenarnya tidaklah banyak. Enam buah masjid sahaja kalau tak salah aku. Di Taipei ada dua buah masjid. Satu lagi lebih kecil dan aku tak tahu kat mana.

Alhamdulillah. Aku dah pun sampai di tiga buah masjid di Taiwan. Masjid di Zhong Li dan Taichung juga besar tapi belum ada peluang ke sana.

Taipei Grand Mosque terletak dalam bandar Taipei yang pesat ini. Tapi sebenarnya tak lah sesak mana pun. Tak pula nampak kesesakan trafik yang betul-betul panjang.

Melangkah masuk ke masjid Taipei.

Sebelum ini aku bayangkan masjid ini besar. Kerana masjid utama dan mewakili masjid-masjid yang lainnya. Tekaan meleset. Tidaklah sebesar yang aku sangkakan. Besar lagi masjid di kampung aku yang dua tingkat lagi. Tapi apalah ada pada gah struktur bangunan jika ianya tidak diisi dengan orang yang beribadat bukan?

Ambil wuduk dan ke dewan solat.

Selesai sahaja sembahyang. Aku ke bangunan sebelah menyebelah masjid. Mungkin ada restoran muslim berhampiran. Seperti keadaannya di Masjid Kaohsiung. Dan aku memang betul. Ada restoran Indonesia. Tapi kecil sahaja. Sebab kedainya juga menjual barangan runcit lain. Pesan nasi rendang daging. Daging sedikit liat tapi keseluruhan boleh tahan juga masakannya.

Ke lokasi seterusnya. Taipei Digital Plaza.


Taipei Grand Mosque pandangan tepi


Dalam masjid. Ada lapik tebal lagi tiap saf. Selesa betul duduk


Taipei Grand Mosque pandangan depan

(Bersambung..)

Thursday, January 14, 2010

Episod 2 Bagi Perjalanan Yang Baru 4

Tiba di Taipei. Tepat seperti dijanjikan oleh perkhidmatan ini. Tidak kurang walaupun seminit. Taipei Main Station. Di situlah lokasi keretapi ini berhenti.

Rangkaian perkhidmatan awam yang pelbagai. Dan yang pasti semua berada di bawah satu bumbung. Teksi, bas, keretapi biasa, keretapi laju dan MRT (metropolitan rapid transit, juga dikenali sebagai metro).

Jika Taipei Main Station tempat perkumpulan semua jenis perkhidmatan awam. Bagaimana dengan kesesakan? Ini yang menarik dapat kulihat. Mereka bina stesyen ini bertingkat-tingkat. Bas menunggu di setiap tingkat. Bergantung pada destinasi masing-masing. Aku kira dalam 4 ke 5 tingkat juga. Hanya untuk bas. Manakala bagi keretapi. Rangkaian jalan bawah tanah menghubungkan stesyen-stesyennya sendiri.

Jaringan perkhidmatan yang kompleks tapi teratur.

Lokasi pertama. Taipei Grand Mosque. Selepas selesai sembahyang lebih mudah untuk aku ke mana-mana. Stesyen MRT terdekat ialah di Guting. Dari stesyen ke masjid lebih kurang 15 minit berjalan kaki.

Menaiki MRT di Taipei. Tidak banyak perbezaan dengan di Kaohsiung.


Stesyen Utama Taipei. Di ruangan legar stesyen


MRT Taipei

(Bersambung..)

Dugaan dan Pengalaman

Hari demi hari semakin banyak pula dugaan. Menambah pengalaman diri. Maaf. Jika mengambil masa mengemaskini.

Laptop ada masalah. Kritikal. Tempang aku di sini. Lihat lah nanti. Jika keadaan pulih...

Tuesday, January 12, 2010

Episod 2 Bagi Perjalanan Yang Baru 3



Keretapi laju pun tiba. Gerabak ke 2, tempat duduk nombor 15A. Tepi tingkap. Bagus sangat... Boleh lihat pemandangan luar. Tanpa gangguan. Tiada siapa di tempat duduk sebelah. Mungkin adalah nanti di stesyen berikutnya.

Perjalanan bermula. Ya, memang laju. Aku dapat rasa dengan memandang luar tingkap. Melintas suatu kawasan dan meninggalkannya. Dengan cepat. Kelajuan pada papan elektronik 300 km/j. Aku dah kira ini laju. Tapi aku tahu. Di negara matahari terbit kelajuannya lebih lagi. Sehingga boleh ke tahap kelajuan 400 atau 500 km/j.

Dalam keretapi tidaklah bising sangat. Tak terasa pun ianya bergerak laju. Sepanjang perjalanan dapat dilihat keadaan geografi Taiwan dengan lebih dekat. Tumbuhan hijau. Sungai. Bukit bukau. Pekan-pekan kecil. Banyak juga ladang sayur, buah-buahan dan kolam ternakan. Apa yang diternak tak dapat pula dipastikan. Memang mengasyikkan.

Berhenti sekejap di beberapa buah stesyen. Penumpang naik dan turun. Aku kira kalau tak berhenti di stesyen-stesyen ini, perjalanan ke Taipei mungkin lebih pantas. Keretapi melepasi banyak terowong. Ada yang pendek dan ada juga yang panjang. Tak dapat aku bayangkan kos pembinaan sistem ini.

Walaupun dah jimat banyak masa dan tak sampai dua jam. Sebenarnya aku rasa bosan. Dah tak sabar pula nak tiba di Taipei.


Keadaan dalam keretapi. Selesa

(Bersambung..)

Monday, January 11, 2010

Episod 2 Bagi Perjalanan Yang Baru 2

Stesyen THSR terletak sedikit luar dari pekan Tainan. Di pinggir bandar. Untuk ke situ ada perkhidmatan bas shuttle. Ada 3 pilihan laluan. Boleh pilih perhentian bas terdekat. Kerana akhirannya di stesyen THSR juga.

Bas ke stesyen tu sungguh selesa. Keadaan aku kira sama seperti bas ekspress di Malaysia. Ada juga paparan LED untuk maklumkan lokasi sekarang dan perhentian seterusnya. Hawa dingin. Tak ada conteng di mana-mana. Untuk pengangkutan awam dan percuma pula. Aku bangga bagaimana mereka menghargai kemudahan ini.

Dalam 10 minit sudah sampai ke stesyen THSR. Jauh juga dari bangunan lain. Beli tiket ke Taipei. Pada tiket tertulis masa berangkat. Pukul 9.53. Naik ke platform 1 untuk ke utara. Penantian penuh sabar. Pengalaman menaiki keretapi laju.


Pintu masuk ke stesyen


Dalam stesyen. Terus beli tiket. Ada juga kedai-kedai


Menanti keretapi tak kunjung tiba. Dah naik platform awal, kena la tunggu

(Bersambung..)

Episod 2 Bagi Perjalanan Yang Baru

Maaf. Agak lama menyepi. Tak ada semangat untuk menulis. Lebih seronok menghayati saat aku di sini. Tapi aku perlu juga menulis.

Dua hari selepas tahun baru. Aku berpeluang ke Taipei kerana cuti hujung minggu yang lebih panjang. Semangat betul aku. Untuk melihat sendiri menara Taipei 101. Bangunan pencakar langit tertinggi di dunia. Dua hari sebelum ianya jatuh ke kedudukan kedua. Dirampas. Dengan pembukaan rasmi Burj Dubai atau nama barunya Burj Khalifa.

Perjalanan kali ni agak berani. Aku tak ada peta bandar Taipei. Dah puas aku mencari di kedai-kedai buku. Tapi semuanya dalam tulisan cina. Aku tahu di kaunter informasi stesyen pengangkutan utama mereka ada peta. Jadi tak perlu aku habiskan duit beli peta tersebut. Nak beli pun dalam 20 ringgit juga.

Sebelum lebih lanjut. Serba sedikit informasi tentang pengangkutan awam di sini. Aku kira ada tiga jenis pengangkutan awam yang utama. Paling murah adalah menaiki bas. Perjalanan mengambil masa kira-kira 4 jam atau lebih. Begitu juga dengan keretapi biasa yang mereka gelar TRA (Taiwan Railway Administration). Seperti Keretapi Tanah Melayu juga mungkin. Tempoh perjalanan hampir sama. Dengan TRA lebih mahal sedikit kosnya. RM70 lebih kurang untuk perjalanan sehala bagi bas. Dan sedikit lebih bagi TRA. Mahal bagi aku.

Taiwan High Speed Rail atau ringkasnya THSR. Pengangkutan aku ke Taipei. Pilihan ketiga yang boleh dibuat. Aku kira tak sah ke sini jika tidak mencuba kereta api laju mereka. Perjalanan yang mengambil masa lebih 4 jam disingkatkan menjadi 1 jam 43 minit. Tapi inilah nilai yang terpaksa dibayar. Kos paling tinggi antara semua pengangkutan awam. NT$1,145 (lebih kurang RM120). Cuma bagi perjalanan sehala.

Pagi sabtu itu aku bertolak ke perhentian bas terdekat untuk ke stesyen THSR. Hujan sedikit turun. Membuat cuaca lebih dingin dari biasa.

(Bersambung..)

Wednesday, January 6, 2010

Satu Perjalanan Yang Baru 9

Dan selepas menyaksikan pertunjukan bunga api. Maka beraraklah lautan gelombang manusia ke sarang masing-masing. Aku juga turut serta. Separuh jalan.

Aku berfikir. Sambil langkah disusun.

Perlukah aku turut serta dalam lautan orang sebegini? Langkah dipatahkan. Balik ke pentas utama. Berehat sebentar. Mengharap lautan itu akan surut. Dan gelombang itu reda.

Berehat di sebuah bangku. Letih sangat. Mengantuk. Semuanya bercampur. Tak boleh jadi. Aku gagahkan diri. Berjalan kembali ke stesyen MRT. Dengan harapan dapat menaikinya. Dan kemudian ke stesyen keretapi. Dan sekali lagi dengan harapan ada keretapi ke pekan Tainan. Berapa banyak harapan disandarkan.

Untuk beberapa ketika. Dirasakan penantian ini tak ada penghujung. Tapi percaya pada pengawal trafik MRT. Menjaga gerombolan manusia. Yang inginkan perkhidmatannya. Penumpang dilepaskan dalam kumpulan. Tapi sedikit demi sedikit.. Agar tidak penuh ruangan di lorong keretapi bawah tanah.

Semua berjalan lancar dan kemas. Tidak lagi perlu beratur untuk membeli tiket. Cuma kupon diberi. Dan bayaran dijelaskan di destinasi nanti. Kelihatan seperti telah punyai pengalaman dari sebelumnya.

Stesyen keretapi Kaohsiung. Tiket ke Tainan. Juga tiada masalah. Jam menunjukkan waktunya. 2 pagi. Semua masih teratur. Cuma aku. Keletihan.

Sampai di pekan Tainan. Jam 3 pagi. Dan tiada lebih enak daripada membiarkan tubuh ini bersandar di sebuah hamparan yang bernama tilam.

Episod 1 - Selesai.

Tuesday, January 5, 2010

Satu Perjalanan Yang Baru 8


Pinjam video daripada patrickphoto di youtube. Thank you.

Aku ada juga ambil rakaman video guna kamera digital. Tapi ada muka aku. Tak nak lah kongsi. Buat tunjuk kawan-kawan jer.

Masa ni, aku di kawasan hadapan. Hampir juga dengan pentas utama. Kena mendongak untuk lihat bunga api. Memang menarik. Tapi rasa sekejap sangat. Berbaloi sungguh tunggu malam tu. Hilang sekejap rasa penat.

(Bersambung..)

Monday, January 4, 2010

Satu Perjalanan Yang Baru 7

Sementara tunggu detik 12 malam. Pusing-pusing dulu kat kawasan sekitar. Ada kedai jual makanan dan barang permainan. Tengok gelagat orang. Barangan yang dijual memang menarik. Unik.

Jalan-jalan lagi kat kawasan sekitar. Kaki ni sebenarnya dah lenguh sangat. Dah tak larat. Fikir nak balik jer. Tapi tunggu jer lah. Dah nak pukul 12 malam pun. Lepas tengok bunga api okay lah.

Tapi semua orang mesti berpusu-pusu balik guna MRT selepas tu. Sebelum datang sini lagi dah fikir perkara ni. Macam mana nak balik nanti? Kalau teruk sangat mungkin ke masjid. Lepas subuh baru balik. Tapi ada sikit rasa yakin yang sistem pengangkutan sini terbaik. Tunggu dan lihat…

Dapat tempat terbaik untuk lihat bunga api. Betul-betul mengadap Dream Mall. Mungkin bunga api akan keluar dari atas bangunan ni. Dan jarak aku ke bangunan tu pun tak berapa jauh.

Diiringi pengumuman di pentas utama. Kiraan detik 12 malam pun bermula…

(Bersambung..)

Satu Perjalanan Yang Baru 6

Dari stesyen MRT Weiwuying. Orang dah mula ramai. Tapi masih terkawal. Selepas tukar MRT di Formosa Boulevard. Turun kat Kaisyuan. Keluar dari stesyen. Ikut Exit Dream Mall.

Waa memang cantik. Atas bangunan Dream Mall ada ferris wheel besar. Jalan sepanjang ke Dream Mall ditutup. Jalan kaki ke sana. Sepanjang jalan ada pentas dengan layar besar. Paparkan persembahan yang tengah berlangsung di pentas utama. 3-4 pentas juga sebelum ke pentas utama.

7-11 memang popular kat sini. Jadi penaja utama bagi sambutan tahun baru tu. Kedai serbaneka 7-11 memang banyak di Taiwan. Kadang-kadang tu, jarak antara satu sama lain tak jauh mana. Jadi malam tu penuh la dengan maskot 7-11.

Menonton persembahan pentas sementara menanti detik 12 malam. Boleh kira tengah malam ke pukul 12? Kalau pukul 5 matahari dah terbenam. Argh lantak lah. Kiraan waktu berlainan. Tapi pukul 12 masih dikira tengah malam.

Artis yang datang untuk persembahan pentas ni kiranya artis top Taiwan juga. Persembahan pentas malam tu secara langsung kat tv Taiwan. Orang Taiwan jer lah yang leh tengok muka aku. Hehe. Artis dia tak lah teruk. Irama lagunya rancak. Terhibur. Walaupun tak paham apa yang dia nyanyikan.

Bosan. Lama la pulak. 2 jam lagi ni…


Gambar: Pentas-pentas kecil sebelum ke pentas utama.


Dream Mall. Maskot 7-11. Atas mall ada ferris wheel besar


Pentas utama. Tengok dari jauh je. Ramai orang

(Bersambung..)

Satu Perjalanan Yang Baru 5

Sembahyang dulu. Lepas ni nak buat apa pun senang. Masa ambil air sembahyang dah perasan. Tunjuk arah dan penerangan pada dinding masjid banyak juga dalam bahasa Indonesia. Di sini memang ramai orang Indonesia. Jadi tak hairan lah.

Betul-betul sebelah masjid ada restoran halal. Warung Sate Muslim Indonesian Food. Nama restoran tu. Tak tahu apa nak makan. Cuba jer lah koew teow goreng. Memang sedap. Dah lama tak rasa macam ni. Sama macam masakan orang melayu. Tak pernah rasa macam ni sejak datang ke sini.

Borak kejap dengan orang Indonesia yang berniaga tu. Dah tinggal sini 16 tahun. Patut cakap cina lancar. Seronok tengok wanita muslim bertudung dan fasih bertutur bahasa cina.

Patah balik ke stesyen MRT. Untuk ke Dream Mall bagi sambutan tahun baru.


Gambar: Pintu masuk ruang solat masjid terletak ditingkat atas


Gambar: Menu. Macam-macam ada. Harga lebih kurang dalam $70-$100. Aku rasa berpatutan juga


Gambar: Ada juga jual daging halal di sini

(Bersambung..)

Sunday, January 3, 2010

Satu Perjalanan Yang Baru 4

Sampai stesyen keretapi Kaohsiung 4.45 petang. Tukar naik Kaohsiung MRT (Mass Rapid Transit System). Stesyen tu tak jauh. Sebelah stesyen ni. Beli tiket nak pergi Yanchengpu. Tengok google map, katanya masjid Kaohsiung di sini.

Sampai Yanchengpu. Berpusing-pusing cari masjid. Menyesal betul tak tulis alamat penuh. Dah masuk 2-3 lorong pun masih tak jumpa. Penat. Hantar mesej kat Andy, pelajar Indonesia tu. Tanya lokasi masjid Kaohsiung. Dia pun tak tahu. Cuma katanya turun kat stesyen Weiwuying. Erk. Biar betul. Jauh ni.

Naik balik MRT. Dah turun Weiwuying macam la boleh jumpa terus masjid. Kena juga cari. Belasah jer lah. Sampai stesyen situ. Nah, 5 Exit. Mana satu arah masjid ni? Cuba Exit 4. Tawakal. Keluar dari stesyen tu. Jalan terus jer. Dalam 10 minit berjalan. Jumpa juga Masjid Kaohsiung. Syukur sangat-sangat. Ceh, google map tipu!


Gambar: Selamba jer minah ni makan mi dalam keretapi. Sambil berdiri lak tu. Kagum betul.

(Bersambung..)

Satu Perjalanan Yang Baru 3

Khamis, 31 Disember 2009

Selepas makan tengahari. Aku beritahu Shane nak ke balik awal sebab nak ke Kaohsiung. Dia kata okay. Sebenarnya dia pun nak balik awal hari tu. Dia balik dulu sebelum aku keluar dari makmal. Kemas sikit barang eksperimen. Nak tinggalkan makmal ni 3 hari.

Dalam pukul 3 petang. Selepas selesai solat Zuhur. Aku berangkat ke stesyen keretapi. Hujan renyai-renyai. Malas nak nak kayuh basikal. Jalan kaki saja. Jarak pun tak jauh mana. Di stesyen orang dah berpusu-pusu beli tiket. Mungkin nak balik ke kampung atau ke sambutan tahun baru.

Disebabkan hari ni penumpang keretapi ramai, jadi kena la berdiri. Kali pertama naik kenderaan keluar dari bandar ni. Pada waktu siang. Jadi boleh tengok kawasan luar bandar Taiwan. Menarik. Tengok kampung dan pekan-pekan kecil.

Jenis keretapi yang aku pilih ni berhenti di banyak lokasi. Tapi tiket lebih murah, $69. Cuma masa ke Kaohsiung jadi lebih panjang. 50 minit. Letih jugak. Lama benar nak sampai.

(Bersambung..)

Satu Perjalanan Yang Baru 2

Aku tak jangka pun nak sambut tahun baru. Di Malaysia pun tak pernah sambut. Ini kan pula di sini. Tapi hati tergerak. Takkan nak duduk saja di Tainan. Jadi tak seronok nanti. Tak banyak nak diceritakan. Sehari sebelum malam tahun baru. Aku pun rangka lah perjalanan ni lebih kurang. Tempat nak di tuju. Dan juga persediaan lain.

Sebagai bandar kedua terbesar di Taiwan. Kaohsiung juga adakan sambutan tahun baru besar-besaran. Taiwan jauh lebih kecil daripada semenanjung Malaysia. Jarak utara ke selatan dan juga dari timur ke barat.

Disebabkan Taipei bandar besar di utara. Fungsi bandar paling selatan juga penting. Untuk stabilkan kepesatan Taiwan. Tainan sedikit utara dari Kaohsiung. Tapi masih lagi dikira bandar di sebelah selatan. Jarak keduanya juga tidak berapa jauh. Dalam setengah jam ke satu jam perjalanan. Bergantung kepada jenis kenderaan.

Masjid Kaohsiung dan Dream Mall. Dua tempat ni objektif utama aku.

(Bersambung..)

2010: Satu Perjalanan Yang Baru

Tak tahu kat mana nak mula. Banyak yang berlaku. Perjalanan yang panjang. Dari bandar paling selatan. Kemudian ke bandar dan juga ibu negara di sebelah utara.

Aku cuba cerita sedikit demi sedikit dalam topik seterusnya.

Sakit kaki. Jika tak kerana kaki yang sakit ni. Rasanya perjalanan ni mungkin jadi lebih panjang. Tak serius. Kesan kaki dalam keadaan lembab. Kaki aku pula jenis cepat berpeluh. InsyaAllah sembuh dengan ubat farmasi ni. Kena jaga kaki baik-baik selepas ni. Seksanya.