Thursday, January 14, 2010

Episod 2 Bagi Perjalanan Yang Baru 4

Tiba di Taipei. Tepat seperti dijanjikan oleh perkhidmatan ini. Tidak kurang walaupun seminit. Taipei Main Station. Di situlah lokasi keretapi ini berhenti.

Rangkaian perkhidmatan awam yang pelbagai. Dan yang pasti semua berada di bawah satu bumbung. Teksi, bas, keretapi biasa, keretapi laju dan MRT (metropolitan rapid transit, juga dikenali sebagai metro).

Jika Taipei Main Station tempat perkumpulan semua jenis perkhidmatan awam. Bagaimana dengan kesesakan? Ini yang menarik dapat kulihat. Mereka bina stesyen ini bertingkat-tingkat. Bas menunggu di setiap tingkat. Bergantung pada destinasi masing-masing. Aku kira dalam 4 ke 5 tingkat juga. Hanya untuk bas. Manakala bagi keretapi. Rangkaian jalan bawah tanah menghubungkan stesyen-stesyennya sendiri.

Jaringan perkhidmatan yang kompleks tapi teratur.

Lokasi pertama. Taipei Grand Mosque. Selepas selesai sembahyang lebih mudah untuk aku ke mana-mana. Stesyen MRT terdekat ialah di Guting. Dari stesyen ke masjid lebih kurang 15 minit berjalan kaki.

Menaiki MRT di Taipei. Tidak banyak perbezaan dengan di Kaohsiung.


Stesyen Utama Taipei. Di ruangan legar stesyen


MRT Taipei

(Bersambung..)

3 comments:

hanis said...

salam.
takpa,ada jln penyelesaiannye tu..sabaq byk2..

Mr. Kevin said...

semua dah ok. bertambah baik. kwn di sini dah ramai. pegi mana-mana pun tak risau lg

hanis said...

nanti hang rindu lak nak gi sana lagi...k.long ada tnya tokey cina yang jual batu kristal gelang tu kat sini...dia kata nak tau batu btul,cuba letak kat tapak tangan berat ke tak..klu berat tu,betul la..kat sini dlam RM85 keatas..cina tu kata kat taiwan mungkin byk,sbb kat sana ada gunung berapi...

Post a Comment