Thursday, February 25, 2010

Selamat

Alhamdulillah..

Semua dah selamat. Masuk kerja macam biasa. Keluarkan sampel dari Taiwan dan sambung kerja-kerja di makmal sini. Nampak semua macam okay. Sekarang tengah sibuk nak buat sistem macam di Taiwan. Baru tahu banyak tak ada. Takper kena usahakan juga.

Senarai yang aku buat bila balik sini semua dah buat. Tapi bab berjemur tu.. aduhhh tak mahu la aku. Terik sampai silau-silau mata. Drive jer memang melekat cermin mata hitam. Malam pun panas. Ceh.. padan muka!

Friday, February 5, 2010

Hari terakhir

15 jam sebelum terbang.

Semua dah selesai. Basikal dah jual. Nilai susut harga yang tinggi. Huhu. Deposit sewa bilik dah dapat balik.

Bilik dah kosong

Wednesday, February 3, 2010

Bungkus

Nah, habis aku bungkus sensor dye lab nih. Tu laa sapa suruh bagi kebenaran...

Bukan apa, cuma tak nak bazirkan duit kerajaan. Huhu


Nak balik

Kenapa rasa lama jer nih? perlahan betul masa berjalan...
Lagu Next Plane Home, Daniel Powter terngiang-ngiang di telinga.


Sunday, January 31, 2010

Sedia

Semua macam dah sedia. Barang nak bawa balik pun dah mula susun dalam beg. Sesekali pandang kat luar tingkap.

Sayulah pula. Tak tahu bila akan jejak kaki lagi ke sini.

Monday, January 25, 2010

Rindu

Kurang dari 2 minggu aku akan berangkat pulang. Bila dah hampir 3 bulan di sini. Banyak perkara yang aku rindu nak buat. Aku senaraikan beberapa perkara. Banyak lagi sebenarnya. Nanti ingat, aku tambah lagi...

- Pertama sekali nak buat... berjemur tengah panas!

- Makan nasi lemak. Bukanlah minat sangat. Tapi kalau dah 3 bulan tak sentuh. Memang teringin betul.

- Hirup kuah tomyam. Aduh... kena pula panas-panas.

- Roti canai banjir. Ni kena ajak Hani sekali, nanti dia merajuk.

- Makan roti dengan jem. 3 bulan tak sentuh roti. Semua tak yakin halalnya.

- Makan nasi guna tangan. Kena pula lauk ada sambal belacan.

- Pakai t-shirt sehelai jer bila jalan kat luar.

- Pakai selipar jepun pergi mana-mana.

- Pakai seluar pendek kat bilik. Buka baju bila rasa nak.

- Cakap bahasa Melayu dengan semua orang.

- Pandu kereta pusing-pusing. Dah 3 bulan tak pegang stering.

- Tengok TV. Hehe

Sunday, January 24, 2010

Episod 2 Bagi Perjalanan Yang Baru 7



Akhirnya… sampai juga aku ke Taipei 101. Bergambar kemudian masuk ke dalam pusat membeli belah di tingkat bawah bangunan. Letih berjalan, aku pun berangkat pulang.

---

Sebenarnya pada ketika ini, aku dah pun ke Taipei buat kali kedua. Berada 2 hari di Taipei. Bermalam di sini.

Banyak untuk diceritakan. Berpeluang ke tingkat atas Taipei 101. Membeli belah di tempat menarik. Kehidupan malam di Taipei. Dan macam-macam lagi. Tak tahu di mana nak mula. Balik nanti sajalah cerita. Malas dah nak taip. Sekian

:p