Tuesday, January 19, 2010

Episod 2 Bagi Perjalanan Yang Baru 5

Taipei Grand Mosque. Masjid utama umat Islam di Taipei. Juga menjadi rujukan masjid-masjid lain di seluruh Taiwan. Masjid di Taiwan sebenarnya tidaklah banyak. Enam buah masjid sahaja kalau tak salah aku. Di Taipei ada dua buah masjid. Satu lagi lebih kecil dan aku tak tahu kat mana.

Alhamdulillah. Aku dah pun sampai di tiga buah masjid di Taiwan. Masjid di Zhong Li dan Taichung juga besar tapi belum ada peluang ke sana.

Taipei Grand Mosque terletak dalam bandar Taipei yang pesat ini. Tapi sebenarnya tak lah sesak mana pun. Tak pula nampak kesesakan trafik yang betul-betul panjang.

Melangkah masuk ke masjid Taipei.

Sebelum ini aku bayangkan masjid ini besar. Kerana masjid utama dan mewakili masjid-masjid yang lainnya. Tekaan meleset. Tidaklah sebesar yang aku sangkakan. Besar lagi masjid di kampung aku yang dua tingkat lagi. Tapi apalah ada pada gah struktur bangunan jika ianya tidak diisi dengan orang yang beribadat bukan?

Ambil wuduk dan ke dewan solat.

Selesai sahaja sembahyang. Aku ke bangunan sebelah menyebelah masjid. Mungkin ada restoran muslim berhampiran. Seperti keadaannya di Masjid Kaohsiung. Dan aku memang betul. Ada restoran Indonesia. Tapi kecil sahaja. Sebab kedainya juga menjual barangan runcit lain. Pesan nasi rendang daging. Daging sedikit liat tapi keseluruhan boleh tahan juga masakannya.

Ke lokasi seterusnya. Taipei Digital Plaza.


Taipei Grand Mosque pandangan tepi


Dalam masjid. Ada lapik tebal lagi tiap saf. Selesa betul duduk


Taipei Grand Mosque pandangan depan

(Bersambung..)

0 comments:

Post a Comment