Sunday, November 29, 2009

Pengorbanan 6

Dan malamnya seperti dirancang. Bbq kat luar dengan kawan-kawan Indonesia. Aku minta nak sumbang sikit untuk majlis tu. Diorang tak bagi. Katanya aku tetamu. Aku nak tolong angkat barang pun diorang tak bagi. Suruh pergi jer majlis tu. Aku okay jer.

Student Indonesia sini ramai. Rupanya di Tainan ada U lain lagi. Student yang datang bbq ni pun ada jugak dari U lain. Berkenalan dengan semua. Tapi tak ingat semua nama. Nama pelik2 jer. Mana nak ingat.

Masa habis borak-borak.

Pak Nassir, salah sorang dari student Indonesia tu ke pasar sembelih ayam untuk hidangan malam tu. Memang banyak. Kekenyangan aku. Tengok-tengok juga makanan yang diorang beli. Boleh aku cari nanti. Snek dan sos yang diorang pakai.

Walaupun tak beraya kat malaysia. Raya kali ni aku rasa okay. Meriah dengan caranya sendiri. Selesai.




Gambar: bbq kat taman. 

Pengorbanan 5

Keluar lunch dengan Prof. Lo dan Dr. Chu. Restoran tu hidangkan makanan untuk vegeterian. Kat sini memang ada restoran untuk vegeterian. Tapi aku tak pernah pergi. Lebih selesa masak sendiri.

Risau juga. Apa nak borak dengan Prof. Lo ni. Aku ingat sepanjang keluar tu aku senyap. Kenapa tiba-tiba mulut aku ni tak berenti cerita macam-macam. Lega juga. Dia tak habis-habis kata cerita aku tu menarik. Melalut pun menarik? Huhu..

(Bersambung..)

Pengorbanan 4

Selesai sembahyang raya. Ada jamuan sikit kat tingkat bawah. Makanan okay jugak. Lauk kambing, sup ubi dan salad. Nasi pun sedap. Habis makan, bergambar kejap, pastu kayuh basikal balik bilik. Nak kena cepat. Sebab ada temujanji dengan Prof. Lo. Dah kelam-kabut. Semua sebab sembahyang tadi mula lambat.

(Bersambung..)


Gambar: Bilik yang kecil, agak padat.

Pengorbanan 3

Betul ke nak pakai baju melayu ni? Bangga apa pakai baju melayu. Hmm… pakai jugak. 8.30 pagi macam tu sampai masjid. Erk… mana orang ni. Ceesss awal lagi.. Ingat dah boleh masuk. Kena tunggu lagi. Tunggu siak cina ni buka pintu.

Masjid Tainan ni terletak kat deretan rumah kedai. Agak tersorok. Abang Long dah cakap. Jangan terkejut nanti bila tengok keadaan macam tu. Pengalaman Abang Long. Dah diberitahu. Jadi dah tak terkejut.

Masuk dalam bangunan masjid. Masjid di tingkat 3. Tingkat 2 ada tandas, tempat berwuduk dan ruang makan. Kira kasar, masjid boleh muat dalam 150 orang. Cuma jemaah hari tu lebih kurang 70 orang. Berbilang bangsa. Dari Taiwan sendiri kurang. Tak sampai 10 orang.

Takbir raya student dari Indonesia yang mulakan. Tapi takbir yang version pendek jer. Pastu tolak-tolak kat orang lain suruh lead kan. Macam kartun jer. Ingat-ingat lupa versi panjang. Takper lah. Tak nak. Bagi orang lain jer.

Takbir yang panjang tak dengar pun. Semua tak ingat kot.



Punya lama takbir, hairan imam tak sampai-sampai lagi. Dah pukul 10 tu! Sini zuhur 11.45 mcm tu.

Imam sampai. Terus ke depan. Bagi penerangan sikit pasal solat Aidiladha dalam bahasa cina. Ada translator terangkan balik dalam bahasa inggeris. Pelik sikit solat sini. Ada jemaah tegur. Mungkin mazhab lain, cara pelaksanaan juga lain. Rakaat pertama mula dengan 3 takbir, tak termasuk takbir mula. Lepas tu Al-Fatihah dan surah. Rakaat kedua, Al-Fatihah dan surah lepas tu takbir 3 kali lagi.

Habis solat, imam baca khutbah. Dalam bahasa arab pastu bahasa cina. Selesai, semua salam-salam.

(Bersambung..)






Gambar: Keadaan dalam masjid, jemaah, dan imam masjid tainan

Pengorbanan 2

Aku dah jumpa website kalau nak dengar radio. Tak bosan sangat dah. Nak buat tv streaming masih tak dapat. Dah install software yang diberitahu. Masih lagi tak boleh. Takper lah. Radio pun dah cukup hilangkan bosan ni.

Malam tadi tidur lewat. Layan satu movie ni bagi habis dulu. Asyik berhenti jer. Tak tahu apa ending. Bangun sembahyang subuh, lepas tu mandi sunat Aidiladha. Buka peti ais, ambil kek buah emak. Sebelum ni memang teringin. Tapi sayang nak keluarkan dari kotak dan potong. Nanti habis cepat. Dah hari penting camni, makan juga kek buah tu.

Pukul 7.00 pagi. Semalam, Andy student Indonesia tu mesej kata 9.30 pagi. Awal lagi ni. Relek, baca sikit info pasal Sirim kat internet. Nak mengarut kat Prof. Lo nanti tak tahu apa pulak.

Hari ni jadual agak padat. Prof. Lo ajak lunch. Dia belanja. Jadi lepas sembahyang raya, kena cepat balik U. Prof. Lo agak sibuk. Susah jumpa dia pada hari biasa. Asyik keluar negara. Malam pulak, Andy ajak join barbecue dengan student Indonesia. 

(Bersambung..)

Pengorbanan

Aidiladha kali ini raya kali kedua aku tidak beraya di kampung. Pertama kali dulu semasa belajar di Terengganu.

Malam Aidiladha.

Aku masih belum tahu lokasi masjid. Masjid agak jauh dari bilik aku. Selesai masak dan makan malam, berbekalkan map yang aku print siang tadi, aku keluar cari masjid. Basikal kukayuh.

Ikut jalan berpandukan google map. Dah betul. Aik, kenapa patah balik ke Chong Shan Rd.? Tengok balik. Oh, rupanya ada lagi lorong kecik. Lorong belakang kedai.

Masjid betul-betul belakang gereja besar. Betul ker nih? Memang besar gereja tu. Bangunan tu dah bercantum dengan masjid. Masjid dah jumpa. Okay, dah selesai satu masalah. Kayuh balik bilik. Hehe sempat lagi menyimpang pusing-pusing.

(Bersambung..)

 

Gambar: Bangunan sebelah masjid, gereja besar. Masjid betul-betul belakang gereja.


Wednesday, November 25, 2009

Deja vu

Tengah buat dip coating, terdengar diorang kat sebelah nyanyi lagu happy birthday. Aduuuuh... Aku dah agak benda camni nak jadi. Keluar sorang amoi. Panggil aku. Dia ajak. Katanya ada sambutan hari jadi sorang student dan sorang lagi baru sudah selesaikan paper last dia.

Pizza Hut. Kalau kat Malaysia benda camni aku dah melantak dah. Takyah orang ajak pun. Do u eat pork? Tanya lagi sorang amoi. Eerrk.. Aku cakap tak. Tak apa. Makan lah. Aku okay. Dia tunjuk pizza kat sebelah. Katanya vegetable pizza. Hhmm.. kalau dah pizza babi pun Pizza Hut sini jual, sure dah tercampur sekali bahan-bahan pizza ni. Aku tolak lagi. Soft drink, pepsi. Tak mampu aku nak tolak depan-depan orang ramai ni. Isi sikit dalam cup. Tak minum pun. Risau pepsi sini campur dengan alkohol. Ada dengar juga perkara ni. Dari tak pasti, baik elakkan.

Time lunch. Balik bilik. Nak tidur. Terang sangat pulak. Hhhmmm.. buka peti ais. Tengok apa ada. Terus panaskan periuk. Naahh, Masak Lemak Lobak Putih! Dah confirm HALAL! hahaha

Terbalik



Aku dah panjang kaki bila ada basikal ni. Beli second hand. Boleh jual balik bila balik nanti. Orang taiwan ingat mesti aku ni tak betul. Aku kayuh macam biasa. Selalu ambil lorong kiri. Sini pemanduan belah kiri. Bila bergerak kena selalu di lorong kanan. Kalau bawa basikal macam tu, alamat mengadap laluan orang la. Aku dah tukar, bila naik basikal balik, mesti patah balik ke asal.

Satu lagi. Berkenaan dengan suis dalam bilik. Sini, petik suis ke atas baru lampu menyala. Benda senang macam ni pun aku selalu keliru.

Cukup 3 bulan bila dah cekap, balik Malaysia sure kompius balik.. hahaha

Tuesday, November 24, 2009

Sejuk


Gambar: Pandangan dari tingkap bilik

Kenapa jadi malas nak keluar bilik ni? sejuk. tak tahan. nak keluar fikir 2 kali. rindu cuaca panas. nak keluar bilik mesti bawa sweater. aduhai. dlm bilik layan movie lagi best. download sini pun laju.
2 bulan:2 minggu: 2 hari lg... sedihnya.

Saturday, November 21, 2009

Masak

Wakaka... jadi gak. goreng sayur. telur dadar. dengan nasi panas2. Nyum2..

Samak

Periuk nasi dah dibeli. Beli juga barangan mentah lain untuk memasak. Nak masukkan dalam peti ais. Hmmm.. dah berapa orang agaknya guna peti ais ni?

k, kita samak dulu... sepetang menyamak peti ais

Friday, November 20, 2009

Angin Sejuk

Giler apa pakai baju tebal2..

1st day sampai. Itu yg bermain difikiran. Kini aku mengerti.

Cuaca berubah sekelip mata... hehe

Tuesday, November 17, 2009

Skuter

Mana2 pun skuter

Bluebird

Byk kereta ayah kat sini. dalam 4 hari ni dah 3-4 biji tgk atas jalan. Bluebird





PSP 9

r u muslin? soalan pertama dia tanya aku. dalam perbincangan pertama aku dgn Prof Lo nampak dia cuba bagi aku selesa dgn tmpat baru. Dia suruh Shane contact International Student Affair carikan aku tempat sembahyang. Dia tahu aku kena sembahyang bila sampai waktu. Eerk!! Dia lak advance dari aku. Kata dia, dari situ aku leh kenal student muslin yg lain.

Tanya aku makanan ok? Dia bagi tahu, susah sikit nak cari makanan halal di sini. Isk hebat gak Prof Lo. tahu byk pasal agama lain. Dia ada member dari negara muslim lain. Selalu tgk cara mereka bila menghadiri conference. Oooh patut pun.

Dah tahu surau. Bangunan chemical engineering. Esok aku pergi.

First time naik skuter kat sini. Hehe. Bonceng shane. bawa pegi bank. Aku minta tukar semua duit euro ke taiwan dollar. Tukar terus kat malaysia pun tak apa. Balik awal sikit dari U, bayar duit asrama. Selesai.

PSP 8

Call Shane (Dr. Chu). Nak jumpa dia di lobi. Jumpa. Agak muda orangnya. Dalam pasport ritu tulis 34 tahun. Senang juga sembang dgn dia. Pakaian, t-shirt dgn jeans. Rata semua mcm tu. Fesyen derang mmg suka kenakan jeans dngan t-shirt. Pastu pakai jaket panas.

Masuk bilik student Prof Lo. Sebelah lab. Ramai lg dalam bilik ni, dlm 10 orang. Bagi aku duk kat satu meja. Dia call Prof Lo. Ok, beradab juga nk jumpa professor, tak boleh main redah jer. Sama juga mcm sini.

Kenalkan aku dgn international student. vietnam. ingat aku tahu bahasa dia ke apa? sembang sikit. sebab Shane nk sembang ngan aku dah terbelit lidah dia. Dah boleh jumpa Prof Lo.

(Bersambung..)

Monday, November 16, 2009

PSP 7

16 November 2009 (Isnin)

Bangun. Siap diri. Selesai semua. Bancuh air milo dulu. Relek. 7.30pg mcm tu, start keluar dari bilik. Ikutkan dah lewat ni. Kalau 2 jam awal, rasanya sekarang mau dekat pukul 9.30. Bergegas ke kampus. Tersergam 4 bangunan besar. Macam dalam gambar kat website derang. Nampak pakcik ngan makcik sedang ber taichi di padang.

Bangunan mechanical engineering. Aiikkk?? Mana orang ni? Takkan tak ada orang kot. Pusing lagi kawasan sekitar. Pergi pondok depan. Ada guard jaga. Cuba tanya dia. Dia pening, tak faham aku cakap. Pastu ada sorang amoi lalu. Guard tuh panggil. Student kot. Walaupon aku dah tahu bangunan tu, tapi tanya jer lah. Amoi tu tunjuk bangunan sama. Aku tanya pukul berapa orang mula bekerja. 8.30. 8.30???? ler ingat dah lewat. Isk derang ni, mmg start kerja lambat pun.

(Bersambung..)

Pelajaran 2

RM1.00 = ± 10NTD jadi senang kira.

Duit siling paling besar, 50. kaler gold. Nilai dalam 5 ringgit.

Beli barang mudah. tak ada titik perpuluhan. 10, 25, 30, 40, 70 pada tanda harga. Senang betul.

PSP 6

Keluar jap. Jalan2. Tak jauh pon. Tengok org, familiar jalan dan bangunan. Satu jer nak kata.. kalau aku jenis makan semua, dah lama jadi syurga aku kat sini. Makanan mcm2 rupa dan jenis.. lalu jer, bau semua sedap2. makanan simple. tgk roti bakar derang pon menarik. Tp memang tak boleh makan pon. Ntah apa derang masak guna pekakas tuh.

Tiba2 rindu makanan kat malaysia. Nasi lemak kat kilang lama, tomyam kedai awek kt taman mutiara dok terbayang2 ja. Arghhhh tension tul bila pikir. Tet tet.. mesej ayah masuk, “kami makan nsi lemak sedap. Jgn makan babi sudah”. perli aku lg.. Yer lah, tahu.

Balik bilik. semayang. Keluar lg. kali ni arah di tuju, supermarket. Nak cari sudu dan garpu jer. kalau ada buah-buah nk gak beli. Supermarket MegaA. Bersambung dengan satu hotel. Baju-baju kelas jugak. Nak kata mahal, tak sangat. Kalau tempat macam ni dengan harga ni, sure lagi murah kat tempat lain. Sebab memang nak pakai sudu dan garpu, beli jugak 3 jenis, 100NTD. Mahal jgak, mmg pun sebab ambil tempat yg kelas.. Takper2.. baru belajar.

Balik bilik dah boleh bancuh air guna sudu… huhu

(Bersambung..)

PSP 5

15 November 2009 (Ahad)

Bngun lewat. Qada subuh. Aku tak dapat bajet lg time kat sini. Tgk kat luar cerah, tp ikut time awal lagi. Siap diri. Buka internet, cari location student dorm. Sekarang ni aku dah terer sikit bab jalan kat tainan. Cukup untuk aku pergi dan balik ke hotel dan arah railway station.

Jumpa ngn manager dorm. Susah gak nak borak ngn dia. Dia cam bersungguh nak bercakap, tapi cakap omputih dia hancur. Tak boleh tukar duit euro lagi sebab hari ni ahad. dia bagi jer masuk. Bayar esok. Tanya aku nak tingkat rendah ke tinggi. Mesti la tinggi, ada view. Hehe. Tunjuk kat aku 3 bilik. Suh pilih. Aku pilih view arah pekan tainan. Bilik 1038.



Selesai semua. Balik ke hotel untuk check-out. Sempat makan meggi dulu. Jumpa water dispenser kat luar. Ada air panas. Kemas barang apa yg patut. Usung balik beg. Macam biasa.. mcm nak tercabut bahu-bahu aku ni. Masuk bilik, tak selesai lagi proses register, aku dah lelap. Letih beb.. manager kat kaunter depan tuh call. Dorm ni, tiap bilik ada telephone. Aku cakap kena rest jap. Letih. Dia cakap bilik tak ada elektrik.

Sini ada sistem bekalan elektrik sendiri. Bayar apa yg diguna. Bagus untuk train org supaya berjimat. Dapat kad, bayar kat kaunter lobi tuh, baru pakai. baru register kena letak 500NTD kat dalam kad. 100NTD cagaran kad. Aku tgk derang ni agak ke depan dalam teknologi. Malu gak aku bila nak buka pintu bilik, nak kumpil2 butang cari slot kunci. Rupanya touch satu koin kat tombol pintu, terus unlock pintu. Sib baik tak ada org. kalau tak malu.. huhu. sama jugak bila sampai airport. masuk tandas. cari tombol pili air, rupanya tadah tangan jer, air keluar. isk isk kampung tul aku ni.

(Bersambung..)

Pelajaran 1

Masa tainan lebih kurang 2 jam lebih awal. walaupun waktu sini sama ngan malaysia.

5.15ptg dah senja.
5.30ptg dah betul malam.

6.15pg matahari dah naik

PSP 4


Gambar: Keluar dari station tainan

Tanya polis arah ke hotel U. polis tunjuk arah turun ke terowong bawah. lintas landasan. Gerak ke situ. Pikul beg. Mcm nak patah bahu! 500meter jugak jauhnya..!! bagasi ada roda pun rasa berat. Kejap tngan kiri, kejap tngan kanan.. BERPELUH..!!!

Sampai hotel U. aku tgk sungguh ‘sopistikated’ tmpat ni. SAH dah mahal. Supervisor aku ni giler ke apa..??? Ingat aku byk duit nak sewa hotel ni.. hotel U pun smpai 3000NTD lebih satu bilik. Dah la besar. Nak buat apa. Duk semalam jer pon. Aku nekad. Usung lagi beg. Pegi cari hotel murah. Tgk td kat roundbout depan tu byk hotel. Sekali lagi.. nak tercabut engsel2 bahu aku..!!!

Tanya satu hotel ni. 1000NTD lebih. Tanpa byk soal. Terus rembat. Mintak kat dia nak internet. Dia bagi kabel. Rehat… dan rehat lagi… semayang jamak takhir, magrib-isya. try handphone. Tadi dah perasan mesej kaklong boleh masuk. Hantar mesej kat ayah. Delivered. Cantik... duk hantar mesej jer kat ayah ngan ayang. Tapi tak tau berapa lagi kredit ni tinggal. Deyy yaperdaaa pakai prepaid, cam budak skolah.. Amik kau, taknak tukar. Kredit dah habis.

Buka tv. Kalih cenel, suma cakap chong cheng chong cheng.. aku rasa tv kat malaysia lagi best. Iklan tv pon nampak kemas. Sini mcm budak U baru belajar main vidoecam jer. iklan ntah apa2 ntah. cenel 5 ada CNN. Layan jer, sbb tuh jer pun yg aku paham. Kalih cenel lg…. EERRRRKKK! Apa nih…!!! 3 cenel pulak tuh..!!! isk isk isk dugaan hehe…..

(Bersambung..)

PSP 3

Aku keluar airport jap. hidu udara taiwan…. Huhu… nyaman...

Masuk balik airport. Beli mineral water sebab nak pecah duit. Nak beli lain, semua tak dak cop halal jakim hehe. Pastu gi kaunter informasi. Amoi taiwan 2 orang jaga. Tanya dia nk ke kaohsiung railway station. Dia bagi map. Tunjukkan arah ke subway, keretapi bawah tanah. Ikutkan supervisor aku sini, suh naik taxi. Subway 35NTD, taxi 300NTD.. giler ker apa nak naik taxi..???

Subway. Tak reti lg guna duit taiwan. Beli tiket 35NTD pun pakai duit kertas. Hehe.. siling jer patutnya. Tapi derang ok jer. friendly aku nampak layanan derang. Tapi rata2 tak pandai cakap omputih. Tapi derang mmg nk bantu. Kat sini aku dah dapat tgk org taiwan. Mmg betul pun, amoi2 sini cun2..! tak mcm cina malaysia. Muka cute, kulit putih melepak.

Orang taiwan yg aku tgk, jenis suka berfesyen. Yang perempuan, suka tgk but tinggi derang. Betis ngn paha jgn cakap la… hehe (jangan risau, sayang ayang sorang). Turun kaohsiung railway station. Sebelum ni tak jumpa pekan lagi. Airport dgn subway bkn pekan. Turun jer kaohsiung. Memang TAKJUB..!!! tgk pekan depan mata! Cantik. Rasa nak nangis pun ada. Snap 2-3 gambar. Jalan ke kaunter pertanyaan. Beli tiket ke tainan, 107NTD. Pening pulak cari platform. Cess.. tak tulis pulak dlm tiket. Tanya kat pakcik tua, tunjuk dia tiket.. dia angkat jari, tunjuk angka 2. ok, faham dah.. platform 2.

 
Gambar: Kaohsiung

Keretapi atas darat. Kaohsiung-tainan. Sebelah tempat aku duduk, ada mamat taiwan. Baya aku gak, ke lagi muda..

33minit selepas tu. sampai pekan tainan. takjub lagi tgk kepesatan bandar ni.. kereta bersimpang siur, bngunan dengan papan iklan warna warni. mcm slalu tgk dlm paper dan tv.. culture shock sekejap..

 
Gambar: Keretapi darat yg naik tadi

(Bersambung..)

PSP 2

KK-Kaohsiung. (3 jam) Bosan… bosan… dan bosan… bila nak sampai ni?? Makan kali ke-2. tadi KLIA-KK dan makan. gap sekejap je. Bantai jer lah. Sedap gak nasi ni. Sementara boleh, nnti kat taiwan tak tau jumpa ke tak mcm ni. Bosan balik.. gi try toilet jap. Mak aih kecik nyer toilet kapal terbang. Masa dalam flight dah perasan pukul 5 lebih dah nak gelap.

 
Gambar: Rasa ok jugak, sebab dihidang panas2

6.15ptg. dah totally malam. Erkkk.. BIAAAR BETUL..!!! bila time matahari terbenam pun tak tahu. Mmg dah betul2 malam. Ingat kan mendung sebab nak ujan ke apa. Yer lah selalu bila sini, ptg campur ngn time ujan mmg dah mcm malam. Kompius. Bila matahari terbenam sebenarnya.

Jejak kaki kat tanah Taiwan. Syukur tak terhingga. Sampai2, kena lalu imigresen dan kastam. Dalam flight tadi, pramugari dah bagi form kena isi. Kena buat declaration. Lalu imigresen, paspot visa tak der masalah. Lalu pintu hijau kalau tak buat declaration. Tapi biasa la, dah muka mcm michele jackson sblm jd mat salleh, so kena la tahan. Kastam buka beg. Pegawai ni makcik jer. muka friendly. Sorang lg mamat ni, tgk mak punya serunding. Isk dia ni, takkan nak pau aku punya kot. Nak, beli argh sendiri. Hehe. Cakap kat dia.. food.. so dah ok. Kalau tak ok, aku makan depan dia gak.

Dah lepas semua. Aku pun nak pack balik beg. Packing balik beg punya la kyusuk.. kalih2 kiri… ALAMAAK..!! nak terloncat aku. Haram tul binatang haram ni! Anjing 2 ekor. Duk betul2 sebelah aku. Punya la dekat. Anjing kastam. Pegawai tu kata that’s ok.. bengong tul. Natang tuh hidu beg, cepat tul. Hidung tak sempat sentuh beg. Sedapkan hati...

(Bersambung..)

Permulaan sebuah perjalanan (PSP)

14 November 2009 (Sabtu)

Perjalanan b’mula. Bangun lewat sikit, tak seperti dirancang. Patut dlm 4pg, tapi dah terlajak 4.30 pg. T.kasih ayang sebab kejutkan, 4.30 pun dah okay. Cukup untuk siapkan diri. Pukul 5pg semua dah selesai bersiap.

Ke airport tak ada masalah. Sembahyang kat masjid kat rumah Tok Lang, Teluk Kumbar. 7pg. Ayah ajak minum dulu. Sebab risau terlewat, bertegas nak terus ke airport. Syukur, memang ngam2 jer sampai, check-in dan masukkan bagasi. Risau juga bila pegawai tu syak aku nak overstay. Memang pun. Untuk apply sambungan visa nanti.

Dalam flight, Penang – KLIA. Kelas ekonomi, seat paling last. Dekat ngn toilet. Isk isk.. 9pg di KLIA sampai2 je, aku lepaskan hajat dulu. Pastu tunggu.. tunggu… dan tunggu lagi… Sempat mesej2 dengan ayah, kaklong, nik, izat dan ayang. Pastu wat call jap. 11.00pg. masuk toilet balik. Letak duit 2000NTD dalam stoking kiri dan kanan. Berjaga2 beb. Nak masuk flight brylcream kena tahan. Hehe. Dah agak pun, saja buh jugak. Lebih 100ml cecair tak leh masuk, kena masuk bagasi.

 
Gambar: kapal terbang ke taiwan, takder la besar sgt

Dalam flight, KLIA – Kaohsiung. Kelas ekonomi, seat kali ni paling depan pulak. Sebelah mamat jawa, first time naik flight. Pekat cakap jawa dia. Suh panggil dia Wak. Muka sebijik macam Chot. Haha.. selesa sikit, dah boleh sembang-sembang. Flight ni sebetulnya transit ke K.Kinabalu (KK), tapi dalam tiket tak ditulis. 2jam 30min jugak. Mamat sebelah tuh akan turun KK. Aku bawa keluar barang nak baca dalam flight, boleh hilang bosan. Persediaan sampai nanti.

Sampai KK mamat tu keluar. lepas ni bosan la, tak ada org nak bersembang. Transit 45 minit. Ada surau. Semayang jamak zuhur-asar dlu. Masuk balik flight pukul 3ptg.

(Bersambung..)