Monday, November 16, 2009

PSP 3

Aku keluar airport jap. hidu udara taiwan…. Huhu… nyaman...

Masuk balik airport. Beli mineral water sebab nak pecah duit. Nak beli lain, semua tak dak cop halal jakim hehe. Pastu gi kaunter informasi. Amoi taiwan 2 orang jaga. Tanya dia nk ke kaohsiung railway station. Dia bagi map. Tunjukkan arah ke subway, keretapi bawah tanah. Ikutkan supervisor aku sini, suh naik taxi. Subway 35NTD, taxi 300NTD.. giler ker apa nak naik taxi..???

Subway. Tak reti lg guna duit taiwan. Beli tiket 35NTD pun pakai duit kertas. Hehe.. siling jer patutnya. Tapi derang ok jer. friendly aku nampak layanan derang. Tapi rata2 tak pandai cakap omputih. Tapi derang mmg nk bantu. Kat sini aku dah dapat tgk org taiwan. Mmg betul pun, amoi2 sini cun2..! tak mcm cina malaysia. Muka cute, kulit putih melepak.

Orang taiwan yg aku tgk, jenis suka berfesyen. Yang perempuan, suka tgk but tinggi derang. Betis ngn paha jgn cakap la… hehe (jangan risau, sayang ayang sorang). Turun kaohsiung railway station. Sebelum ni tak jumpa pekan lagi. Airport dgn subway bkn pekan. Turun jer kaohsiung. Memang TAKJUB..!!! tgk pekan depan mata! Cantik. Rasa nak nangis pun ada. Snap 2-3 gambar. Jalan ke kaunter pertanyaan. Beli tiket ke tainan, 107NTD. Pening pulak cari platform. Cess.. tak tulis pulak dlm tiket. Tanya kat pakcik tua, tunjuk dia tiket.. dia angkat jari, tunjuk angka 2. ok, faham dah.. platform 2.

 
Gambar: Kaohsiung

Keretapi atas darat. Kaohsiung-tainan. Sebelah tempat aku duduk, ada mamat taiwan. Baya aku gak, ke lagi muda..

33minit selepas tu. sampai pekan tainan. takjub lagi tgk kepesatan bandar ni.. kereta bersimpang siur, bngunan dengan papan iklan warna warni. mcm slalu tgk dlm paper dan tv.. culture shock sekejap..

 
Gambar: Keretapi darat yg naik tadi

(Bersambung..)

0 comments:

Post a Comment