Sunday, November 29, 2009

Pengorbanan 6

Dan malamnya seperti dirancang. Bbq kat luar dengan kawan-kawan Indonesia. Aku minta nak sumbang sikit untuk majlis tu. Diorang tak bagi. Katanya aku tetamu. Aku nak tolong angkat barang pun diorang tak bagi. Suruh pergi jer majlis tu. Aku okay jer.

Student Indonesia sini ramai. Rupanya di Tainan ada U lain lagi. Student yang datang bbq ni pun ada jugak dari U lain. Berkenalan dengan semua. Tapi tak ingat semua nama. Nama pelik2 jer. Mana nak ingat.

Masa habis borak-borak.

Pak Nassir, salah sorang dari student Indonesia tu ke pasar sembelih ayam untuk hidangan malam tu. Memang banyak. Kekenyangan aku. Tengok-tengok juga makanan yang diorang beli. Boleh aku cari nanti. Snek dan sos yang diorang pakai.

Walaupun tak beraya kat malaysia. Raya kali ni aku rasa okay. Meriah dengan caranya sendiri. Selesai.




Gambar: bbq kat taman. 

Pengorbanan 5

Keluar lunch dengan Prof. Lo dan Dr. Chu. Restoran tu hidangkan makanan untuk vegeterian. Kat sini memang ada restoran untuk vegeterian. Tapi aku tak pernah pergi. Lebih selesa masak sendiri.

Risau juga. Apa nak borak dengan Prof. Lo ni. Aku ingat sepanjang keluar tu aku senyap. Kenapa tiba-tiba mulut aku ni tak berenti cerita macam-macam. Lega juga. Dia tak habis-habis kata cerita aku tu menarik. Melalut pun menarik? Huhu..

(Bersambung..)

Pengorbanan 4

Selesai sembahyang raya. Ada jamuan sikit kat tingkat bawah. Makanan okay jugak. Lauk kambing, sup ubi dan salad. Nasi pun sedap. Habis makan, bergambar kejap, pastu kayuh basikal balik bilik. Nak kena cepat. Sebab ada temujanji dengan Prof. Lo. Dah kelam-kabut. Semua sebab sembahyang tadi mula lambat.

(Bersambung..)


Gambar: Bilik yang kecil, agak padat.

Pengorbanan 3

Betul ke nak pakai baju melayu ni? Bangga apa pakai baju melayu. Hmm… pakai jugak. 8.30 pagi macam tu sampai masjid. Erk… mana orang ni. Ceesss awal lagi.. Ingat dah boleh masuk. Kena tunggu lagi. Tunggu siak cina ni buka pintu.

Masjid Tainan ni terletak kat deretan rumah kedai. Agak tersorok. Abang Long dah cakap. Jangan terkejut nanti bila tengok keadaan macam tu. Pengalaman Abang Long. Dah diberitahu. Jadi dah tak terkejut.

Masuk dalam bangunan masjid. Masjid di tingkat 3. Tingkat 2 ada tandas, tempat berwuduk dan ruang makan. Kira kasar, masjid boleh muat dalam 150 orang. Cuma jemaah hari tu lebih kurang 70 orang. Berbilang bangsa. Dari Taiwan sendiri kurang. Tak sampai 10 orang.

Takbir raya student dari Indonesia yang mulakan. Tapi takbir yang version pendek jer. Pastu tolak-tolak kat orang lain suruh lead kan. Macam kartun jer. Ingat-ingat lupa versi panjang. Takper lah. Tak nak. Bagi orang lain jer.

Takbir yang panjang tak dengar pun. Semua tak ingat kot.



Punya lama takbir, hairan imam tak sampai-sampai lagi. Dah pukul 10 tu! Sini zuhur 11.45 mcm tu.

Imam sampai. Terus ke depan. Bagi penerangan sikit pasal solat Aidiladha dalam bahasa cina. Ada translator terangkan balik dalam bahasa inggeris. Pelik sikit solat sini. Ada jemaah tegur. Mungkin mazhab lain, cara pelaksanaan juga lain. Rakaat pertama mula dengan 3 takbir, tak termasuk takbir mula. Lepas tu Al-Fatihah dan surah. Rakaat kedua, Al-Fatihah dan surah lepas tu takbir 3 kali lagi.

Habis solat, imam baca khutbah. Dalam bahasa arab pastu bahasa cina. Selesai, semua salam-salam.

(Bersambung..)






Gambar: Keadaan dalam masjid, jemaah, dan imam masjid tainan

Pengorbanan 2

Aku dah jumpa website kalau nak dengar radio. Tak bosan sangat dah. Nak buat tv streaming masih tak dapat. Dah install software yang diberitahu. Masih lagi tak boleh. Takper lah. Radio pun dah cukup hilangkan bosan ni.

Malam tadi tidur lewat. Layan satu movie ni bagi habis dulu. Asyik berhenti jer. Tak tahu apa ending. Bangun sembahyang subuh, lepas tu mandi sunat Aidiladha. Buka peti ais, ambil kek buah emak. Sebelum ni memang teringin. Tapi sayang nak keluarkan dari kotak dan potong. Nanti habis cepat. Dah hari penting camni, makan juga kek buah tu.

Pukul 7.00 pagi. Semalam, Andy student Indonesia tu mesej kata 9.30 pagi. Awal lagi ni. Relek, baca sikit info pasal Sirim kat internet. Nak mengarut kat Prof. Lo nanti tak tahu apa pulak.

Hari ni jadual agak padat. Prof. Lo ajak lunch. Dia belanja. Jadi lepas sembahyang raya, kena cepat balik U. Prof. Lo agak sibuk. Susah jumpa dia pada hari biasa. Asyik keluar negara. Malam pulak, Andy ajak join barbecue dengan student Indonesia. 

(Bersambung..)

Pengorbanan

Aidiladha kali ini raya kali kedua aku tidak beraya di kampung. Pertama kali dulu semasa belajar di Terengganu.

Malam Aidiladha.

Aku masih belum tahu lokasi masjid. Masjid agak jauh dari bilik aku. Selesai masak dan makan malam, berbekalkan map yang aku print siang tadi, aku keluar cari masjid. Basikal kukayuh.

Ikut jalan berpandukan google map. Dah betul. Aik, kenapa patah balik ke Chong Shan Rd.? Tengok balik. Oh, rupanya ada lagi lorong kecik. Lorong belakang kedai.

Masjid betul-betul belakang gereja besar. Betul ker nih? Memang besar gereja tu. Bangunan tu dah bercantum dengan masjid. Masjid dah jumpa. Okay, dah selesai satu masalah. Kayuh balik bilik. Hehe sempat lagi menyimpang pusing-pusing.

(Bersambung..)

 

Gambar: Bangunan sebelah masjid, gereja besar. Masjid betul-betul belakang gereja.


Wednesday, November 25, 2009

Deja vu

Tengah buat dip coating, terdengar diorang kat sebelah nyanyi lagu happy birthday. Aduuuuh... Aku dah agak benda camni nak jadi. Keluar sorang amoi. Panggil aku. Dia ajak. Katanya ada sambutan hari jadi sorang student dan sorang lagi baru sudah selesaikan paper last dia.

Pizza Hut. Kalau kat Malaysia benda camni aku dah melantak dah. Takyah orang ajak pun. Do u eat pork? Tanya lagi sorang amoi. Eerrk.. Aku cakap tak. Tak apa. Makan lah. Aku okay. Dia tunjuk pizza kat sebelah. Katanya vegetable pizza. Hhmm.. kalau dah pizza babi pun Pizza Hut sini jual, sure dah tercampur sekali bahan-bahan pizza ni. Aku tolak lagi. Soft drink, pepsi. Tak mampu aku nak tolak depan-depan orang ramai ni. Isi sikit dalam cup. Tak minum pun. Risau pepsi sini campur dengan alkohol. Ada dengar juga perkara ni. Dari tak pasti, baik elakkan.

Time lunch. Balik bilik. Nak tidur. Terang sangat pulak. Hhhmmm.. buka peti ais. Tengok apa ada. Terus panaskan periuk. Naahh, Masak Lemak Lobak Putih! Dah confirm HALAL! hahaha